Teknologi Kosmetik Malaysia 5X Lebih Berkesan Menang Anugerah Antarabangsa?

Aplikasi nanoteknologi dalam produk kecantikan pertama Malaysia hasil kajian selama 15 tahun penyelidik UTM, diketuai pegasas Natural Kiss, Prof. Madya Dr. Siti Hamidah yang melahirkan produk 'Micellar Series' berjaya memenangi Anugerah Semi-Grand dan Anugerah Emas di PENCIPTA'17 (The International Conference and Exposition of Inventions by Institutions of Higher Leraning).
Produk kosmetik yang menggunakan nanoteknologi ini 5X lebih berkesan dan efisien berbanding produk wajah yang biasa. Proses ini menggunakan bahan 94-99% semulajadi membuatkan ianya sesuai digunakan oleh semua lapisan umur dan masyarakat.
Bahan mentah berkualiti tinggi digunakan dalam penghasilan 'Micellar Series' seiring jenama antarabangsa mampu untuk menarik semua jenis minyak dan kotoran pada wajah tanpa tinggalkan kesan kekeringan atau kerensangan seperti produk sintetik hasil kilang OEM.
