Siapa Pengasas Kosmetik Pertama Malaysia Bertaraf Antarabangsa Ni?

Prof. Madya Dr. Siti Hamidah, tamat pengajian PhD dalam bidang kajian nanoteknologi micellar di Loughborough University, United Kingdom. Pengajian ini mengenai pengunaan nanoteknologi dalam produk kosmetik. Nanoteknologi dalam penciptaan telefon membolehkan kita sekarang memiliki telefon pintar yang kecil dan sangat berkuasa. Aplikasi nanoteknologi dalam produk kosmetik pula memberi menghasilkan produk yang mampu memberi kesan 5X ganda lebih cepat dan efisyen berbanding produk kosmetik biasa. 

Sebaik sahaja tamat pengajian, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Skudai dan menubuhkan Natural Kiss dimana selepas 5 tahun pengajian, akhirnya produk kosmetik berasaskan nanoteknologi pertama di Malaysia berjaya dihasikan pada April 2016. Kini memiliki lebih 100 pengedar dan ejen seluruh Malaysia dan Singapura.

Dengan visi 'Untuk Memperkasa Wanita Malaysia Melalui Kosmetik Selamat' beliau terus mengorak langkah memperkenalkan produk hasil inovasi beliau dan kumpulan penyeledikannya. Usaha keras dan kehebatan rangkain produk 'Micellar Series' di bawah Natural Kiss berjaya memenangi Anugerah Semi-Grand dan Anugerah Emas di PENCIPTA'17 (The International Conference and Expositio of Inventions by Institutions of Higher Leraning).

Hasil penyelidikan kumpulan penyelidikan Natural Kiss berkaitan minyak Rosella dalam kosmetik juga telah diiktiraf sebagai juara keseluruhan ACADREX2016 anjuran Universiti Teknologi Petros. Kajian ini pula membolehkan estrak pewarna Rosella diguna pakai dalam kebanyakan produk keluaran Natural Kiss kerana kehebatan ia menyuburkan dan membaiki masalah kulit. Kulit mampu regenasi iaitu membaiki dirinya sendiri walaupun di lewat usia sekaligus kembali menyerlahkan penampilan kulit yang sihat.

Leave a comment