Daun Gelenggang Lebih Tinggi Antioksida Berbanding Teh Hijau?!

Daun gelenggang (Cassia alata) merupakan tumbuhan renek yang banyak di Malaysia dan mudah dijumpai di pinggir hutan kita. Khasiat utamanya adalah terletak pada daun pokok tersebut. Terlampau banyak khasiat dalam daun ini sehingga ia mampu menjadi bahan aktif utama dalam produk penjagaan wajah.

Wanita alaf ini sudah sama sibuk dan bekerjaya seperti lelaki, sering terdedah kepada cahaya matahari dalam kerja seharian. Cahaya matahari ini mampu merosakkan DNA molekul kulit, mengakibatkan kolagen semulajadi kulit kita rosak, dan seterusnya kulit akan kelihatan tua dan berkedut. Antioksida yang terdapat pada ekstrak daun gelenggang mampu menapis kesan radiasi dari cahaya matahari sekaligus mengelak rosaknya kolagen semulajadi kulit, maka proses penuaan akan menjadi perlahan.

Asid crysophanic yang tinggi dalam daun gelenggang menghindar kuman jahat pada kulit muka dan meratakan tona wajah. Pelbagai bahan metabolit sekunder membuatkan daun gelenggang efektif menyembuhkan luka dan merawat jarawat bernanah yang mengelembung.

Anda pasti pernah mendengar pakar kecantikan untuk tidak kerap membelek mukakan? Ini kerana bakteria semulajadi dikenali sebagai stapylococcus aureus sering ditemui di tangan, muka dan lapisan dalam kulit. Kuman ini sangat susah untuk dihapuskan terutama yang membiak di lapisan dalam kulit, kelenjar peluh dan akar rambut. Kajian telah membuktikan daun gelenggang berpotesi membunuh kuman ini.

Leave a comment